Pertama: Anda sendiri top
up anda boleh dapat duit
Pernahkah anda mempunyai pengalaman yang begitu lama menggunakan
handphone, setiap kali anda topup atau anda bayar bil talipon, anda
akan mendapat pulangan dalam bentuk wang ringgit? rasanya memang tidak
pernah dapat walau pun sekupang, tetapi sebagai pengguna simkad
toneexcel, setiap kali anda topup anda akan dibayar sebanyak 3% dari
jumlah yang anda topup. Sendiri topup sendiri dapat duit. Duit bonus
ini akan dimasukkan sebulan sekali kedalam akaun anda.
Kedua: Mendapat
perlindungan Insuran Kemalangan sebanyak RM100,000
Sebagai
pengguna ToneExcel ini, anda juga akan diberikan Insuran Kemalangan
Percuma yang dikeluarkan oleh Tune Insuran bernilai RM100,000 dengan
syarat topup anda sendiri melebihi RM50 setiap bulan. Insuran
kemalangan ini hanya membabitkan kematian dan cacat kekal sahaja. Ia
tidak termasuk penunggang motosikal, tidak termasuk Polis/Askar sewaktu
bekerja dan tidak termasuk kemalangan sewaktu pembabitan di dalam sukan
yang merbahaya, seperti payung terjun, scuba diving dll. Persoalannya,
sudah berapa lama anda pakai hp? Ada ke mana2 kompany yang berikan
perlindungan insuran kepada anda? Dibawah ini ada satu contoh seorang
sahabat kita, belum berkahwin, baru pakai handphone tunetalk/toneexcel
selama 3 bulan, meninggal dunia kerana kemalangan, shukur kerana
ibubapa arwah menerima sumbangan sebanyak RM100,000 dari TuneInsurance.
Memang kehilangan arwah dan kesedihan tidak boleh digantikan dengan
wang ringgit, cuma sekurang-kurangnya duit tersebut mampu mengurangkan
sedikit beban kehidupan yang ditanggung oleh keluarga beliau.
Ketiga: Dimana ada
jual
topup, disitu ada jual topup TuneTalk.
Topup
untuk prepaid TuneTalk ini, ada dijual di seluruh Malaysia. Kalau tak
percaya, anda boleh pergi ke mana-mana kedai yang menjual topup
berhampiran rumah anda, atau 7eleven, atau station minyak dan tanya
samada mereka ada jual topup TuneTalk atau tidak. Jangan tanya Topup
ToneExcel, tanya topup TuneTalk. Kalau sesiapa yang tahu internet dan
ada maybank2u atau cimb click, cuba topup melalui online, tengok ada ke
tidak topup tunetalk. Kalau ada, habis cerita. Kalau anda pengguna
cimbclick atau paypal, anda boleh buat autotopup.
Topup tunetalk ada dijual di mana-mana diseluruh Malaysia. Anda boleh
topup RM3, RM5, RM10, RM50, RM80, RM100 atau RM300. Senang kata, apa
jua nilai yang ingin anda topup, ada dijual di luar sana.
Keempat: Point yang
boleh
ditukar dengan tiket Air Asia
Point yang boleh ditukar dengan tiket Air Asia.
Sebagai pengguna tunetalk ini, setiap kali anda topup, anda akan
mendapat point. Point-point tersebut kalau dikumpulkan, boleh ditebus
dengan tiket kapal terbang AirAsia.
Asalkan ada penerbangan AirAsia, maka adalah point-point tertentu yang
boleh anda tebus. Untuk menebus tiket-tiket tersebut, anda boleh
hubungi terus ke khidmat pelanggan TuneTalk di 0379490000
Kelima: Anda boleh
mengekalkan nombor lama jika mahu.
Sebagai
pengguna talian TuneTalk ini, anda juga boleh membuat pilihan, samada
ingin menggunakan nombor yang diberikan oleh TuneTalk, yang biasanya
bermula dengan 010 atau 0111, atau anda boleh mengekalkan nombor lama
anda ke dalam simkad tunetalk ini. Asalkan no lama tersebut didaftarkan
menggunakan IC anda. Jadi, anda tidak perlu risau untuk kehilangan atau
berpisah dengan nombor kesayangan anda. No lama anda itu tidak kira
samada line postpaid atau prepaid, boleh dikekalkan. Tetapi jika
permohonan itu berjaya dikekalkan, ia sudah menjadi prepaid tunetalk,
nombor sahaja no lama. Tunetalk tiada postpid/line, 100% prepaid.
Keenam: Ia boleh
dijadikan modal berniaga dan menjana pendapatan sampingan SETIAP BULAN.
Ini
yang terakhir dan bahagian yang paling seronok untuk anda baca dan
fahami dengan lebih mendalam. Sebagai pengguna simkad TuneTalk
Toneexcel, anda sudah layak untuk mempromosikan simkad ini kepada orang
lain. Jadi, jika anda ingin mengembangkan perniagaan anda ini, anda
perlu dapatkan beberapa keping extra simkad sebagai simpanan anda. Ada
2 atau 3 keping pun sudah cukup. Terdapat 2 jenis komisyen
yang anda
akan perolehi sekiranya menjadi pengedar simkad ToneExcel iaitu:
i.
FastTrack Bonus
Jika anda berjaya
menjual kepada seorang pelanggan, anda akan mendapat
upah sebanyak RM20 yang dibayar oleh ToneExcel ke dalam akaun bank anda.
Itu kalau seorang, kalau anda jual kepada 10 orang, anda akan dapat
RM200. Kalau anda jual kepada 100 orang, anda akan dapat RM2,000. Kalau
anda boleh jual kepada 1000 orang, anda akan dapat RM20,000.00.
Setiap seorang yang anda sendiri taja, anda akan diberikan komisyen
RM20 dan anda boleh taja seberapa ramai yang anda suka, tiada limit.
Bonus akan dimasukkan kedalam bank anda dua kali sebulan.
Contohnya,
jika anda menaja dari 1-15hb, bonus akan dibayar pada hujung bulan.
Jika anda menaja dari 16-31hb, bonus akan dibayar terus ke dalam akaun
bank anda pada 12hb berikutnya. Setiap pembayaran bonus akan ditolak
RM3 untuk kos pengurusan. Itu adalah keuntungan pertama sebagai agen
penjual simkad ini.
ii.
Komisyen Topup
Keuntungan kedua, ada lagi yang lebih baik dari fast track bonus, anda
bukan sahaja mendapat keuntungan RM20 seorang, tetapi setiap kali
mereka topup, anda dapat lagi komisyen sehingga 6%.
Jangan lupa, mereka boleh topup di mana-mana kedai sekali pun,
seolah-olah semua kedai di seluruh Malaysia tersebut jadi kedai anda.
Bukannya mereka topup dengan anda. Mereka tak perlu jumpa anda kerana
anda bukan penjual topup. Tetapi, setiap kali mereka topup di kedai,
anda akan dapat komisyen di rumah. He he he, ini namanya duduk rumah
dapat duit. Seolah-olah keseluruhan kedai yang menjual topup handphone
di Malaysia ini adalah kedai milik anda. Setiap pelanggan anda boleh
topup di mana-mana, ToneExcel akan mengambil komisyen tersebut dan
secara automatik komisyen tersebut dimasukkan terus kedalam bank anda
setiap 21hb. Dah kira macam gaji kedua atau pun pencen. Bukankah itu
sangat hebat!
No comments:
Post a Comment